NGERI! Penuntut Wanita Maut Selepas Disembelih Teman Lelaki...

NGERI! Penuntut Wanita Maut Selepas Disembelih Teman Lelaki...

Seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kilometer 228.2 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Bukit Gantang Taiping dalam kejadian 12 tengah hari tadi.

NGERI! Penuntut Wanita Maut Selepas Disembelih Teman Lelaki...
NGERI! Penuntut Wanita Maut Selepas Disembelih Teman Lelaki...
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Ismail Che Isa berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang juga seorang penuntut institut pengajian tinggi berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.

Menurutnya, seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Katanya, polis turut menemui pisau yang mempunyai kesan darah dalam semak berhampiran tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UPDATE 1

TAIPING: Seorang wanita yang merupakan pelajar tahun pertama 1 di UITM Permatang Pauh cedera parah apabila di kelar leher oleh seorang lelaki yang di percayai orang yang dikenali mangsa.

Pelajar wanita terbabit di kenali sebagai Nursyuhada Bt Johari cedera dileher akibat dikelar dengan senjata tajam, ikuti ringkasan kejadian kes terbabit.

Ringkasan kes:




Syuhada menghembus nafas yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Suspek yang di kenali dengan nama Syarafi B Abu berusia 25 tahun yang berkerja sebagai tukang masak kini ditahan untuk siasatan. Al-fatihah dan salam takziah.



Sumber : mymetro

Post a Comment

Previous Post Next Post