Breaking News

(VIDEO) Juruterbang Didakwa Sengaja Matikan Sistem Komputer,Elektrik QZ8501?

loading...

JAKARTA — Juruterbang yang mengemudi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang jatuh di perairan Selat Karimata, wilayah Kalimantan Tengah pada 28 Disember lalu didapati memang sengaja mematikan sistem komputer dalam pesawat.

(VIDEO) Juruterbang Didakwa Sengaja Matikan Sistem Komputer,Elektrik QZ8501?
(VIDEO) Juruterbang Didakwa Sengaja Matikan Sistem Komputer,Elektrik QZ8501?
Akhbar Australia, The Sydney Morning Herald pada Khamis melaporkan, sistem tersebut berfungsi untuk mencegah pesawat terbang tanpa kawalan dan penemuan itu didedahkan dua pakar penerbangan yang terlibat dalam penyiasatan nahas berkenaan.

Sumber itu yang enggan didedahkan identiti mereka memberitahu agensi berita antarabangsa Reuters, tindakan juruterbang berkenaan ada kemungkinan menjadi faktor kenapa pesawat tiba-tiba menanjak dengan cepat sebelum akhirnya terhempas.

Mereka mendakwa, sebelum pesawat menanjak secara tidak normal, kapten dipercayai sedang berusaha mengatasi kerosakan yang muncul dalam sistem Flight Augmentation Computer (FAC), satu bahagian komputer pesawat Airbus A320.

Ia bertugas mengawal rudder atau sirip tegak di belakang ekor pesawat yang berfungsi untuk mengemudi arah serong kapal terbang selain mengawal modul Rudder Travel Limiter (RTL) yang sebelumnya sempat dilaporkan rosak beberapa kali.

Suasana di dalam kokpit pesawat Airbus A320. – Gambar hiasan

Namun, menurut pihak AirAsia, kes kerosakan RTL itu telah pun diatasi malah diperakui Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) yang mengesahkan pesawat PK-AXC itu dalam keadaan layak terbang pada hari kejadian.

Difahamkan, setelah berkali-kali berusaha mengatasi masalah amaran peringatan yang muncul di komputer FAC, krew pesawat, menurut dua sumber tersebut; bertindak mematikan bekalan elektrik yang memberikan tenaga kepada sistem komputer.

Dengan mematikan sumber kuasa, seluruh sistem komputer pesawat akan lumpuh dan dua penyiasat tersebut mengandaikan, juruterbang memutuskan terus tenaga elektrik kepada komputer dengan cara melepaskan fius yang ada di dalam kokpit.

Setelah sistem komputer mati, maka Flight Protection System atau sistem perlindungan penerbangan yang ada dalam Airbus A320 langsung tidak aktif sekali gus menjadi faktor penyebab kenapa pesawat tiba-tiba menanjak secara drastik.

Justeru penyiasat tersebut merumuskan saat-saat akhir pesawat yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura itu terpaksa dikawal oleh juruterbang secara manual tetapi mereka pula gagal sebelum ia menjunam masuk ke dalam laut.

NTSC dalam pada itu dilaporkan bakal menyerahkan hasil laporan siasatan awal pesawat malang yang membawa 162 orang itu kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada bila-bila masa dalam masa terdekat.





Sumber : MyNewshub
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments