Header Ads

Perniagaan ‘Hot Burger’ Fizo Dapat Sokongan Ibu Tunggal

loading...

Pelakon Fizo Omar memberitahu perniagaan Hot Burger yang diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan wanita terutamanya ibu tunggal.

Perniagaan ‘Hot Burger’ Fizo Dapat Sokongan Ibu Tunggal
Perniagaan ‘Hot Burger’ Fizo Dapat Sokongan Ibu Tunggal
Pelakon Fizo Omar memberitahu perniagaan Hot Burger yang diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan wanita terutamanya ibu tunggal.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, peningkatan permohonan daripada golongan itu membuatkan dia terpaksa menambah kuota francais kepada golongan tersebut di setiap negeri.

“Pada mula saya buka perniagaan ini untuk remaja lepasan sekolah iaitu 18 tahun ke atas sahaja, tetapi hingga kini semakin ramai pula golongan ibu tunggal yang buat permohonan untuk membuka stall burger ini.

“Oleh itu, saya buat keputusan supaya kuota untuk ibu tunggal dinaikan 10 peratus di setiap negeri bagi membantu mereka untuk mencari rezeki,” ujarnya kepada mStar Online.

Sehingga kini, Fizo berkata dia sudah mempunyai lebih 100 buah cawangan di lima buah negeri iaitu Kelantan, Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

Dalam pada itu, Fizo memberitahu dia juga menekankan syarat dalam salah satu prosedur perniagaannya iaitu tidak membenarkan aktiviti melepak di tapak perniagaan tersebut ketika ia beroperasi.

Fizo berkata, syarat tersebut dilakukan kerana ingin mengikis tanggapan masyarakat terhadap tempat penjual burger dijadikan sebagai tempat bermulanya gejala sosial.

“Misi saya untuk ubah persepsi peniaga burger tepi jalan yang mana kalau dulu dijadikan tepat lepak, main gitar, hisap ganja dan pakaian tak kemas.

“Saya letak undang-undang ini supaya dia orang terpaksa ikut dan tidak jadikan ia tempat lepak, kalau mereka langgar saya akan tarik perniagaan itu,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya peniaga juga tidak dibenarkan untuk mengambil barangan perniagaan daripada pihak luar, ia bagi menjaga kualiti produk tersebut.

Tambah Fizo, pihaknya juga sentiasa memantau aktiviti perniagaan tersebut agar ia peraturannya sentiasa dipatuhi.

“Saya tidak ambil keuntungan mereka, malah saya beri stall, kelengkapan dan latihan kepada peniaga baru.

“Namun begitu, mereka perlu ikut undang-undang yang saya tetapkan iaitu hanya ambil bekalan barang daripada produk yang dikeluarkan oleh saya sahaja.

“Saya ada pekerja yang bertanggungjawab untuk buat pantauan terhadap semua gerai tersebut,” katanya yang ketika ini mengalami kecederaan buku lali akibat bermain bola.

Sumber : mStar
Loading...

No comments

Powered by Blogger.