Breaking News

Padah Terlebih Cerdik, Tong Pemadam Api Meletup Dalam Eksperiman

loading...

Tindakan seorang remaja cuba mengisi gas kimpalan ke dalam tong alat pemadam api dipercayai diubah suai mengundang padah apabila tong berkenaan meletup mengakibatkan mangsa cedera dalam kejadian di bengkel kimpalan di Jalan Bidor Raya, di sini semalam.

Padah Terlebih Cerdik, Tong Pemadam Api Meletup Dalam Eksperiman
Padah Terlebih Cerdik, Tong Pemadam Api Meletup Dalam Eksperiman
Dalam kejadian jam 1 petang itu, remaja terbabit dilaporkan cedera pada kedua-dua tangan dan dada akibat terkena serpihan besi tong pemadam api yang meletup.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Penguasa Bomba Kanan ll Nasir Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 1.11 petang dan sebaik tiba di lokasi, pihaknya mendapati remaja terbabit dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan mendapati tong alat pemadam api berkenaan dipercayai meletup susulan tindakan remaja terbabit cuba mengisi tong itu dengan gas kimpalan.

“Tindakan berbahaya remaja terbabit menyebabkan ia meletup kerana ketebalan besi tong pemadam api tidak sama dengan tong gas kimpalan sebenar serta tidak boleh menampung gas kimpalan hingga boleh menyebabkan ia meletup,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Nasir berkata, pihaknya dimaklumkan ibu mangsa, kecederaan remaja terbabit tidak serius, namun mangsa mengadu sakit dada mungkin kerana terkena serpihan besi tong pemadam api berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap alat pemadam api berkenaan mendapati ia berusia lebih 20 tahun dan sudah tamat tempoh, selain ia juga didapati diubah suai dengan bahagiannya dibersihkan.

“Kebiasaannya alat pemadam api hanya boleh digunakan untuk tempoh 10 hingga 12 tahun saja, dan pengisian semula hanya boleh dilakukan pihak konsultan yang diberikan lesen saja, malah pihak bomba sendiri tidak boleh melakukan pengisian,” katanya.


Sumber : Bernama
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments