Breaking News

Misteri Penemuan Rahang Spesis Manusia Baru Purba Di Taiwan

loading...

Seorang nelayan di Taiwan secara tidak sengaja menjaring fosil spesies baru manusia purba dari dasar laut pada kedalaman 200 hingga 400 kaki (60 – 120 meter) dibawah permukaan laut Penghu Chanel yang terletak kira-kira 15.5 batu (25 km) di sebelah Barat Pantai Taiwan. Tempat ini merupakan sebahagian dari daratan Asia selama Zaman Ais ketika permukaan laut lebih rendah.

Misteri Penemuan Rahang Spesis Manusia Baru Purba Di Taiwan
Misteri Penemuan Rahang Spesis Manusia Baru Purba Di Taiwan
Nelayan yang tidak diketahui namanya tersebut menjual Fosil tersebut yang diberi nama Penghu 1 ke sebuah Kedai Antik Tempatan. Seorang pemungut tempatan kemudian menyerahkan fosil tersebut ke Muzium Nasional Taiwan untuk diteliti lebih lanjut.

Menurut analisis elemen di Penghu 1 menunjukan pernah hidup antara 10,000 hingga 190,000 tahun lalu. Rahang dan giginya menunjukan fosil terebut pada era ini kata para penyelidik. Selama Zaman Plestosen yang berlaku kira-kira 2.6 juta tahun sampai 11,700 tahun yang lalu manusia umumnya berkembang dengan rahang dan gigi yang kecil. Tetapi fosil yang ditemui di Taiwan ini mempunyai rahang dan gigi lebih besar serta lebih kuat dari fosil yang ditemui dari Zaman Homo Erectus yang pernah di temukan di Pulau Jawa, Indonesia dan China Utara.

Para penyelidik mengatakan “Penghu 1 tidak menyerupai fosil 400,000 tahun lalu yang ditemui di Hexian, China Selatan yang terletak 590 batu (950) sebelah Utara dari Penghu Chanel,”. Para penyelidik menyarankan memberikan nama baru dari manusia kuno ini.

“Para penyelidik masih memerlukan bahagian tulang lain untuk menilai keunikannya,” kata penulis Yousuke Kaifu dari paleoantropolog Muzium Nasional Jepun Alam dan Sains di Tokyo, berkata kepada Live Science.

Penemuan baru ini menunjukkan ada beberapa kumpulan yang berbeza daripada manusia kuno yang hidup di Asia pada masa yang sama, beberapa lebih primitif daripada yang lain. “Lalu manusia moden merebak ke wilayah ini sekitar 50,000 hingga 40,000 tahun yang lalu dan mencari pelbagai kumpulan hominin,” kata Kaifu. “Ini adalah cerita yang sangat berbeza, kompleks dan menarik berbanding dengan apa yang diajar di sekolah.”

Penemuan ini juga menunjukkan bahawa beberapa garis keturunan manusia yang pernah punah mungkin sudah hidup berdampingan di Asia sebelum kedatangan manusia moden di rantau ini kira-kira 40,000 tahun yang lalu, para saintis menambah.

Walaupun manusia moden, Homo Sapiens adalah keturunan manusia yang hidup sampai sekarang, Tetapi keturunan Manusia yang pernah pupus di Asia dari spesis Neanderthal kerabat terdekat manusia moden. Spesies Denisovans yang hidup sepanjang Siberia sehingga pulau-pulau di Osenia dan Pasifik, spesis Homo Erectus, nenek moyang manusia moden serta spesis Homo Floresiensis . Kumpulan Spesies yang terdiri daripada manusia dan semua keturunan keluarga mereka selepas terpisah dari garis keturunan cimpanzi.

Ketika ini para saintis telah mengungkapkan hasil pertama penemuan fosil manusia purba di Taiwan dengan melihat kelengakapan rahang bawah sisi kiri kanan serta gigi.



Sumber : MBerita
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments