Header Ads

MH370: RM16.8 Juta Tuntutan Insurans Hayat Dibayar Kepada Waris Tragedi MH370

loading...

Sejumlah RM16.8 juta bagi tuntutan insurans hayat dibayar kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370.

MH370: RM16.8 Juta Tuntutan Insurans Hayat Dibayar Kepada Waris Tragedi MH370
MH370: Antara Wajah-wajah Mangsa Tragedi MH370

Dalam kenyataan hari ini, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) berkata 185 polisi telah dikeluarkan oleh 14 buah syarikat insurans hayat di Malaysia yang telah diselesaikan dari Mac 2014 sehingga kini.

"Syarikat insurans hayat menganggap kemalangan itu sebagai satu keadaan luar biasa dan telah mengenepikan semua bukti kematian seawal Mac 2014 untuk memproses pembayaran tuntutan.

"Bagi polisi hayat, jumlah yang dibayar adalah berdasarkan jumlah yang diinsuranskan," katanya dengan menyatakan simpati kepada anggota keluarga dan waris mereka yang berada di dalam pesawat MH370.

"Kami memuji kerajaan atas usaha dan komitmen berterusan mereka dengan negara-negara luar iaitu China, Australia dan lain-lain dalam mencari, menyelamat dan menyiasat MH370 untuk mengakhiri tragedi malang ini," katanya.

Syarikat insurans hayat yang terlibat ialah AIA Bhd, Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, AmLife Insurance Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Bhd, Etiqa Insurance Bhd, Gibraltar BSN Life Bhd, Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, Hong Leong Assurance Bhd, Manulife Insurance Bhd, MCIS Insurance Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Sun Life Malaysia Assurance Bhd, Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd dan Zurich Insurance Malaysia Bhd.



-- BERNAMA
Loading...

No comments

Powered by Blogger.