Header Ads

Kanak-kanak Perempuan Maut Dilanggar Ketika Bapa Undur Kereta

loading...

BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut dilanggar, ketika bapanya mengundurkan kereta di sebuah taman perumahan di Tok Dor, Jerteh di sini, malam tadi.

Kanak-kanak Perempuan Maut Dilanggar Ketika Bapa Undur Kereta
Kanak-kanak Perempuan Maut Dilanggar Ketika Bapa Undur Kereta
Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu, bapa kanak-kanak terbabit Rusli Ibrahim, 47, hendak mengalihkan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah ke dalam garaj kediaman teres setingkat keluarga tersebut.

Ruslina Puteri Batrisyia, anak ketiga daripada empat beradik, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata bapa kanak-kanak malang itu yang merupakan seorang kontraktor hanya menyedari kejadian itu apabila terasa terlanggar sesuatu ketika mengundurkan kereta ke dalam garaj.

"Bapa dan ibu kanak-kanak itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Daerah Besut. Namun setibanya di hospital, pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.



Sumber : astroawani

Loading...

No comments

Powered by Blogger.