Header Ads

Gempar!! Old Town White Coffee Saji Menu Khinzir??

loading...

GEMPAR!! OLD TOWN WHITE COFFEE SAJI MENU KHINZIR?? | KECOH jadinya bila satu resit didakwa dikeluarkan restoran kopitiam terkenal di negara ini, memaparkan menu daripada babi.

Gempar!! Old Town White Coffee Saji Menu Khinzir??
Gempar!! Old Town White Coffee Saji Menu Khinzir??
Resit Old Town White Coffee tersebut yang tertera perkataan “toufu pork” kini viral di laman sosial Facebook dan dikongsikan meluas menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Hal ini membuatkan pengguna beragama Islam meluahkan kegusaran terhadap hidangan yang disediakan di kopitiam tersebut yang selama ini disangka halal.

Selain itu, ramai yang mempertikaikan perihal sijil halal dikeluarkan Jakim kepada Old Town White Cofee selama ini.
Pun begitu, kami sendiri tidak dapat memastikan kesahihan berita seperti yang didakwa ini. Malah selama menjamu selera di restoran berkenaan selama ini tak pernah pula perasan ada menu sedemikian rupa!

Justeru diharapkan pihak berkuasa agama dan Old Town White Coffee sendiri dapat tampil menjelaskan dakwaan ini, sama ada ia benar-benar berlaku atau cuma propaganda dilakukan pihak tertentu.


Sumber : MyBerita
Loading...

No comments

Powered by Blogger.