Header Ads

Gadis Tingkatan Dua 'Diugut' Terpaksa Serah Tubuh

loading...

Marang: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun terpaksa menyerahkan tubuh kepada seorang lelaki tidak dikenali bagi mengelak dibunuh lelaki terbabit yang mengugut dengan meletakkan pisau di lehernya dalam kejadian rogol di sebuah rumah di Merchang, di sini.

Gadis Tingkatan Dua 'Diugut' Terpaksa Serah Tubuh
Gadis Tingkatan Dua 'Diugut' Terpaksa Serah Tubuh
Difahamkan, suspek bertindak demikian selepas berang dengan tindakan mangsa yang melawan dan menolak suspek hingga terjatuh bagi mengelak dirogol ketika berada di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu didatangi lelaki dikenali melalui telefon yang mengajaknya ke rumah rakan lelakinya di Kampung Merchang, jam 6.30 petang, Ahad lalu.

Beliau berkata, sebaik berada di rumah berkenaan, lelaki terbabit keluar semula dan meninggalkan mangsa bersama rakannya di rumah berkenaan.

“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan mangsa ketakutan dan mahu pulang ke rumahnya bersendirian sebelum dipujuk rakan lelaki terbabit yang berjanji menghantar mangsa pulang.

Menurutnya, ketika berjalan, mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki tidak dikenali sebelum membawanya ke sebuah rumah di kampung sama.

“Tiba di rumah berkenaan, lelaki terbabit mengambil kesempatan merogol mangsa sebelum berlaku pergelutan kecil apabila mangsa melawan bagi mengelak dirogol.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suspek yang kemudian mengeluarkan pisau sebelum meletakkan senjata itu di lehernya menyebabkan mangsa yang ketakutan akur dengan kehendak suspek,” katanya.

Katanya, selepas merogol mangsa, suspek menghantar semula mangsa di tepi jalan sebelum ditemui lelaki lain yang menghantarnya pulang ke rumah.

Beliau berkata, kakak mangsa berusia 28 tahun yang mengesyaki adiknya dirogol membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.



Sumber : BERNAMA
loading...

No comments

Powered by Blogger.