Header Ads

Gadis OKU hasilkan novel hanya menaip menggunakan kaki kirinya

loading...

Seorang gadis istimewa di wilayah Anhui, China yang mengalami masalah lumpuh saraf otak sejak lahir, mampu menghasilkan novel fiksyen dengan menaip hasil karyanya hanya menggunakan sebelah kaki kirinya.

Gadis OKU hasilkan novel hanya menaip menggunakan kaki kirinya
HU HUIYUAN mampu menghasilkan novel fiksyen dengan hanya menaip menggunakan kaki kirinya.
Portal berita odditycentral me*laporkan, Hu Huiyuan yang berusia 21 tahun, dilahirkan pramatang pada bulan Jun 1993 dan disahkan menghidap lumpuh saraf otak atau Celebral Palsy ketika berusia 10 tahun.

Celebral Palsy merupakan kegagalan fungsi sistem saraf yang mengehadkan pergerakan, pendengaran, penglihatan, dan cara berfikir penghidapnya.

Keadaan itu menyebabkan dia lumpuh dan hanya mampu menggerakkan kepala dan kaki kiri.

“Saya bukanlah cerdik, tetapi seorang yang sangat fokus. Apabila menonton televisyen ketika zaman kanak-kanak, saya sering belajar perkataan melalui sari kata,” katanya sopan.

Jelasnya, dia mula belajar berdikari menggunakan kaki kirinya untuk melakukan kerja-kerja harian di rumah.

Huiyuan mampu menaip 20 hingga 30 patah perkataan seminit.

Setakat ini dia telah pun menaip enam bab cerita dan hanya perlu menyiapkan dua bab lagi untuk menghasilkan novel yang lengkap.



sumber: utusan
Loading...

No comments

Powered by Blogger.