Header Ads

Euuu! Bangkai Tikus Dalam Sup Ini Bukan Kes Silap Pandang?

loading...

Awal bulan ini, warga Singapura gempar apabila Caron Chan, seorang pelanggan sebuah restoran makanan Cina terkenal di republik itu memuat naik menerusi laman Facebook mengenai bangkai tikus ditemui di dalam bekas sup sayuran.

Euuu! Bangkai Tikus Dalam Sup Ini Bukan Kes Silap Pandang?
Euuu! Bangkai Tikus Dalam Sup Ini Bukan Kes Silap Pandang?
Namun penyelia restoran Hotpot Culture di pusat beli-belah ternama, Marina Square di sini segera menafikan tuduhan itu dan mendakwa pelanggan mungkin terkhilaf apabila melihat bentuk sayur yang disangka menyerupai bangkai mamalia comel tersebut.

Ironi, akhbar tempatan The Straits Times melaporkan agensi alam sekitar kebangsaan (NEA) bertindak pantas mengarahkan restoran menu popular Tionghua itu ditutup ekoran aduan rasmi Caron yang terbukti kewujudan bangkai tikus tersebut memang benar.

Susulan itu, NEA telah melakukan pemeriksaan lanjut lebih terperinci di sekitar restoran berkenaan dan hasilnya adalah lebih teruk bahkan memeranjatkan penduduk Singapura sekali lagi; Marina Square memang kawasan sarang terbesar tikus di republik itu!

Stesen penyiaran tempatan Channel NewsAsia pada Isnin mendedahkan, sekumpulan penyiasat NEA yang menjalankan aktiviti pemantauan berjaya mengesan koloni sarang pembiakan tikus di atas siling tiruan di 14 buah kedai makanan di Marina Square.

Haiwan perosak itu malah dikesan membiak begitu subur di salah sebuah tong sampah di medan selera pusat beli-belah tersebut hasil penemuan banyak tahi tikus segar di dua buah kedai makanan yang cukup kotor dengan segala macam sampah-sarap.

Anehnya kumpulan tikus terbabit bijak menyembunyikan diri sewaktu pemeriksaan kali pertama NEA tetapi ‘kantoi’ apabila pegawai terbabit membuat pusingan kali kedua dan menemui tikus-tikus yang ‘terkejut’ melihat kehadiran mereka secara spontan.

Mujur kesemua pemilik kedai terbabit hanya diberi surat pekeliling NEA yang menasihati mereka agar sentiasa mengutamakan kebersihan, menyimpan bahan makanan dengan baik, memastikan premis sentiasa kemas dan sampah sarap dibuang secara betul.

Kewujudan koloni tikus terbesar di situ dipercayai sudah lama sebelum Marina Square dibina awal 1980-an lagi di atas kawasan tanah tambak laut yang dikenali sebagai Marina Centre di laluan padat kenderaan Raffles Boulevard di muara Sungai Singapura.

Zon itu yang kini dirujuk sebagai Downtown Core seluas 266 hektar asalnya ialah tapak pelabuhan lama Singapura sebelum ditebus guna termasuk projek Marina Centre yang mengandungi Marina Square dan tiga buah hotel antarabangsa.


Sumber : BERNAMA
loading...

No comments

Powered by Blogger.