Demi mangsa banjir, polis sanggup tidur tak hirau keselesaan

Demi mangsa banjir, polis sanggup tidur tak hirau keselesaan

OLEH kerana tragedi banjir di Pantai Timur, difahamkan ada anggota polis tidak tidur selama tiga hari tiga malam kerana menjalankan tugas khususnya memberikan bantuan yang perlu kepada mangsa banjir.

Demi mangsa banjir, polis sanggup tidur tak hirau keselesaan
Demi mangsa banjir, polis sanggup tidur tak hirau keselesaan
Di laman sosial Facebook, terdapat gambar tiga orang anggota polis yang tertidur sekejap di atas jejantas selepas terlalu penat menjalankan tugas.

Lokasi gambar bagaimanapun tidak dijelaskan, tetapi boleh difahami bahawa ketiga-tiga anggota polis berkenaan memang terlalu penat kerana tugas.

Terima kasih kepada semua dari PDRM, bomba, tentera, agensi-agensi kerajaan, parti politik dan individu yang bertungkkus-lumus membantu.



Kelihatan di belakang gambar itu keadaan jalan raya di kawasan sekitar masih dinaiki air banjir tetapi cuaca sudah nampak sedikit cerah.

Ketika ini ada kawasan yang mana banjir sudah beransur pulih dan ada mangsa yang dipindahkan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semula.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Kelantan, jumlah mangsa banjir negeri itu menurun mendadak kepada 44,081 orang berbanding 81,458 orang malam tadi.

Mungkin ada sedikit ruang masa untuk para anggota pasukan keselamatan negara ini untuk berehat dan tidur sementara selepas sibuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Memang pujian dan tahniah mesti diberikan kepada mereka sanggup meninggalkan ahli keluarga dan bersama bergelumang air banjir siang malam demi memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini.


Sumber : NewMalaysianPost.com

Post a Comment

Previous Post Next Post