Breaking News

Benar ke?..Lendir Siput Babi Terbukti Lagi Power Dari Qu Puteh?..

loading...

Satu teknik rawatan spa menggunakan lendir siput menjadi kegilaan baru dan semakin mendapat tempat di Chiang Mai, Thailand dan Tokyo.

Benar ke?..Lendir Siput Babi Terbukti Lagi Power Dari Qu Puteh?..
Benar ke?..Lendir Siput Babi Terbukti Lagi Power Dari Qu Puteh?..
Lebih 40,000 spa sebelum ini menggunakan pelbagai jenis spesis haiwan dalam teknik rawatan mereka termasuk ikan.

Maka tidak hairanlah jika pengusaha di utara Thai itu memilih siput jenis escargot, lapor salon.com.

Siput escargot merupakan spesis yang dekat dengan siput babi yang banyak ditemui di negara kita.

Penulis salon.com itu turut menceritakan pengalaman beliau menerima rawatan tersebut.

Katanya, enam ekor siput yang dilepaskan dan menyusur serta merembeskan lendir ke segenap wajahnya.

“Lendir siput itu (diharapkan) akan melicinkan beberapa kedutan dan membolehkan saya kelihatan lebih muda,” katanya.

Tambahnya, pandangan golongan pakar masih belum menemukan kesimpulan muktamad ke atas keberkesanan lendir tersebut, yang dinamakan Helix aspersa müller glycoconjugates.

Namun, isterinya berkata beliau kelihatan “berbeza” selepas menerima rawatan itu, tulisnya.

Menurutnya, rawatan di spa Chiang Mai itu lebih murah, hanya US$30 berbanding US$200 untuk rawatan sama di spa Ci:z.Labo di Tokyo yang menjadi perintis rawatan tersebut pada 2013.

Spa seperti itu kini dibuka di China dan London. Penulis itu berkata, pengusaha spa di Chiang Mai itu, warga Perancis, akan meluaskan perniagaan mereka ke Bangkok.

Sumber: MBerita
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments