• Breaking News

    Tuesday, 27 January 2015

    Awie Hilang Hak Jagaan Sementara Tiga Anak Kepada Rozana

    Setelah mendedahkan bahawa isternya, Rozana Misbun, 37, mengamalkan perbuatan khurafat melalui bukti yang ditemui di rumah mereka perintah hak jagaan tiga anak Awie yang juga vokalis kumpulan Wings telah diketepikan.

    Awie Hilang Hak Jagaan Sementara Tiga Anak Kepada Rozana
    Awie Hilang Hak Jagaan Sementara Tiga Anak Kepada Rozana
    Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Rozana untuk mengetepikan perintah yang diperoleh Awie sebelum ini.

    Media Hiburan melaporkan, mahkamah turut memerintahkan Awie yang diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membayar kos RM5,000.

    Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah berpuas hati bahawa secara keseluruhannya Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan sijil nikah dikemukakan untuk mendapat jagaan adalah tidak wujud dan tidak berdaftar.

    Mahkamah juga berpuas hati bahawa sijil nikah tidak berdaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang adalah satu dokumen yang tidak wujud dan tidak berdaftar.

    Susulan itu, semua kes yang berkaitan termasuk permohonan hak jagaan kekal adalah dibatalkan.

    Untuk rekod, pada 21 Julai tahun lepas, penyanyi rock itu berjaya mendapatkan hak jagaan sementara ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan bersama Rozana.

    Pada 8 Ogos tahun lepas, Rozana yang diwakili peguam Jamal Lokman Mohd Sulaiman memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara itu.

    Nampaknya semakin menarik kisah perbicaraan mahkamah Awie-Rozana ini. Awie dikatakan tidak memberikan sebarang komen tentang keputusan ini, sebaliknya mahu berbincang dengan peguamnya.


    Sumber : Bernama

    No comments:

    Post a Comment

    Total Pageviews