Zizan Razak & Emma Maembong Nafi Sudah Putus Cinta

Zizan Razak & Emma Maembong Nafi Sudah Putus Cinta

Agak pelik juga apabila Abang Nara membaca mengenai gosip percintaan antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang didakwa telah tamat di Metro Ahad semalam. Tambah pelik apabila Kamal Adli dkatakan sudah bergelar kekasih baru Emma Maembong.

Zizan Razak & Emma Maembong Nafi Sudah Putus Cinta
Zizan Razak & Emma Maembong Nafi Sudah Putus Cinta
Fuh, cepat benar putus dan cepat benar jumpa pengganti. Nasib baiklah Zizan dan Emma masing-masing telah tampil menafikan gosip ini. Kedua-duanya masih lagi hangat bercinta.

Zizan Razak telah menggunakan akaun Instagramnya untuk menulis bait-bait cinta yang agak romantik juga. Kalau Abang Nara jadi Emma Maembong, confirm cair punya. Hehehe.


Emma Maembong juga turut sama membalas dengan menasihat para peminatnya untuk tidak mendengar gosip yang tidak betul.



Biasalah itu adat percintaan pasti akan ada gosip perpisahan sebegini. Yang penting Zizan dan Emma tahu hati budi masing-masing. Kalau nak hilangkah gosip-gosip sebegini, hanya ikatan pernikahan sahaja jalannya. Abang Nara pasti mereka berdua pasti sudah merancang untuk bergelar suami isteri dalam masa terdekat ini. Sama-samalah kita nantikan.


Sumber : BeautifulNara

Post a Comment

Previous Post Next Post