Terkini Banjir Padah Ingkar Arahan Dua Remaja Dihanyut Arus

Terkini Banjir Padah Ingkar Arahan Dua Remaja Dihanyut Arus

KOTA BAHARU (Bernama) — Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa di sini, menurut polis.

Terkini Banjir Padah Ingkar Arahan Dua Remaja Dihanyut Arus
Terkini Banjir Padah Ingkar Arahan Dua Remaja Dihanyut Arus
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.

Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa.

“Mayat kedua-duanya telah dijumpai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.


Sumber :
UtaraNews - The News Portal

Post a Comment

Previous Post Next Post