Takziah, Jasad Suami Mangsa Bot Terbalik Ditemui di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman..

Takziah, Jasad Suami Mangsa Bot Terbalik Ditemui di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman..

Setelah empat hari hilang dihanyutkan arus banjir, akhirnya jasad mangsa kedua bot terbalik di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman, Terengganu, berjaya ditemui sebentar tadi oleh pasukan penyelamat.

Takziah, Jasad Suami Mangsa Bot Terbalik Ditemui di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman..
Takziah, Jasad Suami Mangsa Bot Terbalik Ditemui di Kampung Geliga Che Akob, Kemaman..
Mangsa, Suhaimi Awang, 37, merupakan suami kepada Norhayati Sulong, 37, yang juga menemui ajal dalam tragedi sama yang dipercayai berlaku setelah bot yang mereka naiki terperangkap dalam pusaran deras.

Walau bagaimanapun, mayat Norhayati berjaya ditemui kira-kira 700 meter dari tempat kejadian bot terbalik itu berlaku, Jumaat lalu.





Menurut kenyataan abang kepada Norhayati, Razali Sulong, dia dan keluarganya bersyukur atas penemuan jenazah adiknya. Mereka turut mengadakan solat hajat dan majlis bacaan Yasin bersama penduduk dan pasukan mencari dan menyelamat.

Penemuan jasad Suhaimi menjadikan angka korban meningkat kepada tiga orang di Terengganu setakat ini, selepas anggota penyelamat menemui mayat Norhayati dan mangsa pertama, Nurrashiddah Baharuddin, 14 tahun.

Nurrashidah dilaporkan tergelincir di sebuah sungai di Kampung Kesom Che Nordin, Manir sebelum mayatnya berjaya ditemui dua hari lalu.


Sumber : Mynewshub

Post a Comment

Previous Post Next Post