Sepuluh yang terselamat dari tragedi pesawad AirAsia QZ8501...

Sepuluh yang terselamat dari tragedi pesawad AirAsia QZ8501...

Surabaya – “Kami bersyukur tetapi sesungguhnya simpati terhadap penumpang dan ahli keluarga mereka,” kata wanita dikenali sebagai Cristianawati, yang sepatutnya menaiki pesawat AirAsia QZ8501 ke Singapura, pada Ahad.

Sepuluh yang terselamat dari tragedi pesawad AirAsia QZ8501
Sepuluh yang terselamat dari tragedi pesawad AirAsia QZ8501...
Cristianawati berkata, dia dan sembilan ahli keluarga lain tidak menaiki penerbangan berkenaan kerana menyangka jadual penerbangan tidak berubah.

“Tiket penerbangan kami pada 6.30 pagi (waktu Malaysia) tapi AirAsia mempercepatkan jadual penerbangan. Kami diberitahu, pada 15 dan 26 Disember lalu, syarikat penerbangan itu ada menghubungi kami memaklumkan bahawa jadual dipercepatkan. Tapi, kami tidak menjawab panggilan itu,” katanya yang berasal dari Surabaya.

Oleh itu, katanya, dia bersama keluarganya terus ke lapangan terbang Juanda Surabaya dengan andaian jadual penerbangan tidak berubah.

“Saya bersama keluarga, termasuk tiga kanak-kanak dan dua bayi tiba di lapangan terbang, pada pada 4.30 pagi (waktu Malaysia). Kami sekeluarga begitu yakin sudah menepati waktu dan akan menaiki pesawat itu.

“Bagaimanapun, sangkaan kami meleset apabila jadual penerbangan dipercepatkan dan kami ketinggalan pesawat. Oleh itu, kami terus membuat aduan kepada syarikat penerbangan itu berhubung jadual penerbangan yang diubah tetapi kami tidak tahu.

“Selepas berbincang dengan kakitangan syarikat penerbangan itu, akhirnya kami sekeluarga diberi jadual penerbangan baru iaitu pada 11.45 pagi (waktu Malaysia) untuk penerbangan Surabaya-Jakarta-Singapura,” katanya.

Tetapi, katanya, tidak lama kemudian dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 yang sepatutnya mereka sekeluarga naiki terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta, lapor Detiknews.

“Kami menangis mendengar laporan berhubung pesawat itu di lapangan terbang. Kami berdoa semoga penumpang AirAsia Indonesia QZ8501 dan krew penerbangan segera ditemui,” katanya. Cristianawati berkata, dia kemudian membatalkan niat untuk ke Singapura.

“Kami kini berkumpul di rumah ibu,” katanya.

AirAsia Indonesia mengesahkan pesawat Airbus dengan pendaftaran QZ8501 dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura hilang daripada radar pada 7.24 pagi (waktu Malaysia).

Pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal dan terputus hubungan ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah, Indonesia.


Sumber : Kuala Lumpur Post

Post a Comment

Previous Post Next Post