Header Ads

Seorang rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Air Asia yang hilang

loading...

KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang pagi ini.

Seorang rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Air Asia yang hilang
Seorang rakyat Malaysia antara penumpang pesawat Air Asia yang hilang

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, berdasarkan daftar penumpang pesawat dengan nombor penerbangan QZ8501, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.

“Warganegara Singapura seorang, United Kingdom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.

Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan.


Sumber : PanasBerapi
loading...

No comments

Powered by Blogger.