QZ8501: Satu Mayat Ditemui Memakai Jaket Keselamatan

QZ8501: Satu Mayat Ditemui Memakai Jaket Keselamatan

JAKARTA: Satu mayat ditemui di lokasi nahas pesawat AirAsia Indonesia dipercayai terhempas, lengkap memakai jaket keselamatan.

QZ8501: Satu Mayat Ditemui Memakai Jaket Keselamatan
QZ8501: Satu Mayat Ditemui Memakai Jaket Keselamatan
"Pagi ini, kita menjumpai empat mayat dengan salah satu mayat memakai jaket keselamatan," kata Timbalan Ketua Operasi Basarnas, Tatang Zaenudin pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau enggan membuat spekulasi berhubung penemuan mayat itu.

Penemuan itu menimbulkan spekulasi bahawa penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut mungkin mempunyai masa untuk berbuat demikian sebelum pesawat terjunam ke dalam laut atau selepas ia terhempas ke laut dan sebelum ia tenggelam.

Malah, juruterbang tidak mengeluarkan sebarang isyarat kecemasan.

Pesawat tersebut hilang dari radar selepas memohon untuk terbang lebih tinggi bagi mengelak cuaca buruk.


Sumber : Blog Informasi

Post a Comment

Previous Post Next Post