QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui Dan Bilangannya Terus Meningkat - Tentera Laut Indonesia

QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui Dan Bilangannya Terus Meningkat - Tentera Laut Indonesia

JAKARTA: Sebuah kapal perang Indonesia menemui lebih 40 mayat di kawasan operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang, kata seorang jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir kepada AFP.

QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui Dan Bilangannya Terus Meningkat - Tentera Laut Indonesia
QZ8501: Lebih 40 Mayat Ditemui Dan Bilangannya Terus Meningkat - Tentera Laut Indonesia
Pekerja bagi misi mencari dan menyelamat pesaway QZ8501 membuat persiapan beg mayat untuk dibawa ke lokasi pesawat berkenaan terhempas di Pangkal Pinang, Kalimantan

“Berdasarkan radio tentera laut, ia dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah menemui 40 mayat dan bilangannya terus meningkat. Mereka sedang sibuk ketika ini,” katanya memetik sumber AFP.

Sebelum ini, pembantu juruterbang Hercules C130 Indonesia mendakwa melihat objek seperti mayat manusia terapung di Selat Karimata di mana objek lain seperti pelampung dan serpihan pesawat.

Memetik laporan Kompas.com, Leftenan Satu Tri Wibowo berkata, pada awalnya beliau melihat objek berkenaan seperti manusia yang sedang melambai-lambai ke arah pesawat, namun selepas didekati ia menyerupai jasad manusia yang sudah membengkak.

“Pada awalnya saya lihat seperti manusia melambai-lambai, mungkin dia menyedari kehadiran pesawat. Tetapi selepas kami dekati, nampak ia sudah membengkak. Ia kelihatan melambai-lambai mungkin kerana dipukul ombak,” kata Tri di sini, sebentar tadi.


Sumber : NewMalaysianPost.com

Post a Comment

Previous Post Next Post