Pesawat Air Asia Ke Langkawi Berpatah Balik Daripada Meneruskan Perjalanan

Pesawat Air Asia Ke Langkawi Berpatah Balik Daripada Meneruskan Perjalanan

Belum lagi reda dengan misteri kehilangan pesawat Air Asia Indonesia QZ 8501 yang dalam perjalanan daripada Surabaya ke Singapore hilang awal pagi tadi, kini satu lagi pesawat dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia berpatah balik daripada meneruskan perjalanan.

Pesawat Air Asia Ke Langkawi Berpatah Balik Daripada Meneruskan Perjalanan
Pesawat Air Asia Ke Langkawi Berpatah Balik Daripada Meneruskan Perjalanan
BPesawat AK6242 yang dalam penerbangan ke Langkawi terpaksa berpatah balik kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dipercayai akibat masalah teknikal.

Pesawat yang baru bermula selama 10 minit selepas memulakan penerbangan pada jam 4.30 petang.

Penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan.


Sumber :Oh! Media Network

Post a Comment

Previous Post Next Post