Misteri mayat bayi dalam beg kanvas di tandas perempuan

Misteri mayat bayi dalam beg kanvas di tandas perempuan

KEPONG, 25 Disember:
Seorang tukang cuci terkejut, apabila menjumpai mayat bayi lelaki dalam sebuah tandas di Kompleks Brem Mall, Jalan Kepong, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, tukang cuci itu terhidu bau busuk di dalam tandas yang baru dicucinya, setengah jam sebelum itu.

Misteri mayat bayi dalam beg kanvas di tandas perempuan
Misteri mayat bayi dalam beg kanvas di tandas perempuan
Difahamkan, tukang cuci tersebut masuk ke dalam tandas dan menemui mayat bayi dalam sebuah beg kanvas di tepi lubang tandas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pemeriksaan polis mendapati, mayat bayi itu diletakkan dalam beg kanvas berwarna merah dan hitam yang ditinggalkan dalam tandas perempuan kompleks beli-belah itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, bayi cukup sifat itu dipercayai berumur 36 jam.
“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Sumber : The Rakyat Post BM Version

Post a Comment

Previous Post Next Post