Maut ditetak beberapa kali di hadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil

Maut ditetak beberapa kali di hadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut ditetak beberapa kali oleh sekumpulan lelaki warga Indonesia di hadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil, kira-kira jam 2.50 petang, semalam.

Maut ditetak beberapa kali di hadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil
Maut ditetak beberapa kali di hadapan pintu masuk Stadium Bukit Jalil
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Chong Kok Sin berkata, mangsa warga Indonesia ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan di seluruh tubuhnya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa bersama rakannya dari Kota Kemuning mahu ke karnival di kawasan berhampiran sebelum dihampiri sekumpulan lelaki warga Indonesia, dianggarkan antara lima hingga 10 orang.

“Kumpulan tersebut bersenjatakan parang, turun dari sebuah bas yang berada di seberang jalan dan terus menyerang mangsa dan rakannya,” katanya.

Menurut Kok Sin, mangsa ditetak beberapa kali dan tidak dapat melarikan diri kerana diasak kumpulan terbabit.

“Rakan mangsa bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri. Kumpulan tersebut terus melarikan diri selepas menyerang mangsa.

“Polis kini giat memburu mereka yang terlibat. Dianggarkan seramai 13 lelaki terbabit dalam pergaduhan tersebut,” katanya.
Katanya, mangsa berusia 30 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan di Shah Alam.

“Punca kejadian masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya


Sumber : Kuala Lumpur Post

Post a Comment

Previous Post Next Post