Imbasan Tragedi Tiga Pesawat Menggemparkan Dunia - MH370,MH17 & QZ8501

Imbasan Tragedi Tiga Pesawat Menggemparkan Dunia - MH370,MH17 & QZ8501

Tragedi dua buah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dan sebuah kapal terbang AirAsia Indonesia QZ8501 tahun ini telah menggemparkan dunia.

Imbasan Tragedi Tiga Pesawat Menggemparkan Dunia - MH370,MH17 & QZ8501
Imbasan Tragedi Tiga Pesawat Menggemparkan Dunia - MH370,MH17 & QZ8501
Dalam kejadian pertama pada 8 Mac, pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang daripada radar pada pukul 12.41 pagi di ruang udara Vietnam selepas kira-kira dua jam berlepas.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pelbagai teori dikaitkan dengan misteri kehilangan MH370 termasuk ditembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di kepulauan Diego Garcia di Lautan Hindi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bagi mengesan MH370 mencatat rekod sebagai yang terbesar dan paling mahal dalam sejarah penerbangan dunia.



Pada 17 Julai, negara sekali lagi diuji apabila menerima khabar menyedihkan berhubung pesawat MH17 yang ditembak jatuh dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 MH17 itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur.

Selepas empat jam berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Schiphol, pesawat terbabit terhempas di Donestk, timur Ukraine selepas ditembak dengan objek berkelajuan tinggi.

Sehingga kini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan pembunuhan di ruang udara itu.



Sementara itu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia QZ8501 pula yang membawa 162 penumpang termasuk tujuh kru dipercayai terhempas di sekitar Selat Karimata, Laut Jawa pada 28 Disember lalu.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura sebelum terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada 6.12 pagi.

Usaha-usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dilakukan setelah operasi SAR berjaya menemui lokasi kejadian semalam di perairan Pulau Kalimantan.


Sumber : Blog Informasi

Post a Comment

Previous Post Next Post