Detik Mencemaskan..! Pemandu Lori Digertak, Dilibas Pemandu Alza Dengan Parang

Detik Mencemaskan..! Pemandu Lori Digertak, Dilibas Pemandu Alza Dengan Parang

Beberapa keping gambar muncul di Facebook pagi ini memperlihatkan seorang lelaki yang kelihatan begitu marah melibas parang.Gara-gara berlaku perselisihan faham dengan seorang pemandu lori, seorang lelaki bertindak ganas dengan menggunakan parang untuk menyelesaikan masalah di Desa Murni menuju ke lebuh raya Sungai Dua.

Detik Mencemaskan..! Pemandu Lori Digertak, Dilibas Pemandu Alza Dengan Parang
Detik Mencemaskan..! Pemandu Lori Digertak, Dilibas Pemandu Alza Dengan Parang
Dalam kejadian yang berlaku pada Selasa yang lalu, pemandu kereta Perodua Alza, bernombor pendaftaran WUA3869, dipercayai tidak berpuas hati dengan pemandu lori (si perakam video).

Lelaki itu berhenti di tepi jalan dan kemudian mengarahkan pemandu lori berkenaan berhenti dan keluar. Namun pemandu berkenaan enggan menuruti kehendaknya yang menyebabkan lelaki terbabit membaling batu ke arah tingkap lori terbabit.

Berang dengan tindakan lelaki terbabit, pemandu lori itu keluar dan memaki hamun lelaki itu dengan kata-kata kesat.

Lelaki terbabit kemudian masuk ke dalam keretanya dan menunjukkan parang di tangan sebelum beredar pergi.

Pemandu lori dan rakannya sempat merakam kejadian berkenaan.


Sehingga kini, masih tidak dapat dikenal pasti motif sebenar kejadian yang berlaku di antara kedua-dua pihak. Tambahan pula, video yang tersebar ini tidak menunjukkan keseluruhan kejadian yang sebenar.

Bagaimanapun, menurut netizen, berkemungkinan pemandu Alza marah akibat dilanggar dari belakang menyebabkan bahagian belakang keretanya kemek sedikit.


Sumber :pilihananda

Post a Comment

Previous Post Next Post