Video: Lelaki Berbasikal Masih Hidup Dirempuh Treler Tersebar..

Video: Lelaki Berbasikal Masih Hidup Dirempuh Treler Tersebar..

Berpantang maut sebelum ajal.. SEPERTI diberi nyawa kali kedua.
Seorang lelaki dari wilayah Zheijiang, Beijing mengejutkan dunia apabila sebuah rakaman CCTV merakam setiap detik-detik cemas ketika dia dirempuh sebuah lori treler.

Video: Lelaki Berbasikal Masih Hidup Dirempuh Treler Tersebar..
Video: Lelaki Berbasikal Masih Hidup Dirempuh Treler Tersebar.. 
Rakaman CCTV ini terus menjadi viral dan tersebar ke seluruh dunia.


Rata-rata tidak menyangka lelaki yang menunggang basikal ini hanya mengalami cedera ringgan dan masih hidup setelah kemalangan tersebut.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, ketika dirempuh treler tersebut, lelaki China ini dilihat terperosok di bawah kenderaan berat 14 tayar tersebut.

Namun, percaya atau tidak, kemalangan ngeri itu hanya menyebabkan mangsa mengalami cedera ringgan meskipun treler tersebut lalu di atas badannya.

Setelah kejadian tersebut, mangsa dilihat bangun dan memerhati sekeliling dengan keadaan terpinga-pinga di atas jalan raya selepas treler tersebut berlalu.

Ramai yang berpendapat, mangsa merupakan manusia yang amat bertuah kerana tidak digilis tayar kenderaan berat tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan menyalahkan pemandu lori treler kerana tidak mengendahkan lelaki tersebut selepas insiden kemalangan tersebut.


Sumber : SHTerkini

Post a Comment

Previous Post Next Post