Suri Rumah Terkejut Terima Bil Telefon Tertunggak RM580,723

Suri Rumah Terkejut Terima Bil Telefon Tertunggak RM580,723

Seremban : Biarpun baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah di sini menerima bil tertungak mencecah lebih setengah juta ringgit.

Suri Rumah Terkejut Terima Bil Telefon Tertunggak RM580,723
Suri Rumah Terkejut Terima Bil Telefon Tertunggak RM580,723
Suri rumah dari Taman Permai itu terkejut besar setelah menerima satu bil telefon bimbit tertungguk yang berjumlah sehingga lebih setengah juta awal bulan ini walaupun dia baru beberapa bulan menggunakannya.



Menurut Yoke Thye, dia membeli kad sim daripada kedai telekomunikasi di Jalan Kong Sang, di sini, Julai lalu dengan bayaran permulaan RM50 sebulan.

“Saya beli kad sim ini untuk anak lelaki saya bagi memudahkannya menggunakan Internet. Had penggunaan RM150 sebulan.

“Tapi pada pertengahan Ogos lalu, saya terkejut menerima bil pertama sebanyak RM5,016 sedangkan selama ini pun saya guna telefon mudah alih syarikat lain hanya RM80 sebulan,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Yoke Thye telah pergi ke pusat sehenti syarikat komuniasi tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara itu. Menurut pekerja syarikat telekomunikasi di situ, kemungkinan ada perisian tertentu yang tidak ditutup selepas digunakan oleh anaknya sambil mengakui dia pun terkejut dengan jumlah bil itu.
pay per click

"Kad sim ini saya guna pada tablet pintar anak saya hanya untuk internet untuk dia belajar bahasa Inggeris.

“Bila dia ke sekolah, tablet ini disimpan di rumah. Jadi, macam mana bil boleh tinggi begini? Lagipun, had penggunaan saya RM150 dan jika lebih, biasanya mereka akan hantar mesej atau menyekat penggunaan sehingga bil dijelaskan,” katanya. lagi

Kerana bimbang menerima bil seperti itu sekali lagi, Yoke Thye meminta taliannya ditamatkan namun dia diminta menjelaskan keseluruhan bil terlebih dahulu.

Yoke Thye bagaimana pun menyerahkan kad sim tersebut kerana tidak mahu menjelaskan bil itu. Tetapi dia sekali lagi menerima bil kedua sebanyak RM RM2,608.87.

“Lebih enam kali saya ke syarikat itu membuat aduan dan memberitahu kad sim sudah dipulangkan, tapi saya tetap diminta jelaskan bayaran.

"Awal Oktober lalu, ibu pejabat syarikat telekomunikasi di Shah Alam ada menghubungi meminta saya membuat bayaran menyebabkan saya selalu menangis dan tidak dapat tidur malam,” katanya.

Pada 1 Disember, Yoke Thye menerima notis kedua yang menyatakan bil tertunggak kini sudah mencecah RM580,723.

Kerana buntu Yoke Thye meminta bantuan Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin yang mengatakan jumlah bil telefon itu langsung tidak munasabah.

"Jumlah ini jelas tidak masuk akal. Boleh beli sebuah rumah mewah. Saya syak, ini satu kesilapan dan tidak sepatutnya berlaku.

Saya simpati dengan nasib yang ditanggungnya dan akan menghantar surat kepada pihak berkenaan untuk perkara ini disiasat,” katanya lagi

Sila lontarkan pandangan anda sama ada melalui komen di blog atau di laman Facebook.
Berikanlah pandangan yang bertanggungjawab,tidak berunsur fitnah, tanpa menggunakan kata-kata lucah & kesat melampau (dilepaskan jika sesuai), dan semolek-moleknya biarlah berkaitan dengan isi artikel.
Kepada "Anynomous", sila letakkan nama pena anda. Jangan berani bersuara, tetapi takut memperkenalkan diri!

PERHATIAN:
Komen yang disiarkan di blog atau di laman Facebook tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian editor kami, Kita Bantai Dot Info.

Blog ini TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap setiap pandangan atau pendapat yang diutarakan melalui laman sosial FACEBOOK atau yang terlepas siar di RUANG KOMEN blog. Komen itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun.Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami.


Sumber : KitaBantaiDotInfo

Post a Comment

Previous Post Next Post