Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3..!!!

Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3..!!!

Berikutan berita yang disebarkan sebelum ini, beberapa selebriti terkenal dari rangkaian televisyen swasta pertama di Malaysia mula meninggalkan Media Prima semalam selepas menerima Skim Pemberhentian Kerja (MSS - Mutual Separation Scheme).

Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3..!!!
Personaliti Terkenal Tinggalkan TV3..!!!

Antara mereka terdiri daripada pejuang Pencinta Alam, Karam Sing Walia, penyampai berita Zakiah Anas, Azizah Ariffin, Azzura Azizul Azman dan banyak lagi.



Adalah diberitahu, pemberhentian melalui MSS itu melibatkan sekitar 600 orang pekerja meliputi Media Prima (TV3, TV9, NTV7, TV8) termasuk juga, akhbar News Straits Times (NST).

Media Prima memiliki hampir keseluruhan ekuiti dalam NST yang menerbitkan akhbar bahasa Inggeris itu selain daripada akhbar Berita Harian dan Harian Metro.

Syarikat itu juga turut dikatakan memiliki beberapa rangkaian stesen radio termasuk Fly FM, Hot FM dan One FM. Tawaran MSS dibuat selepas Media Prima dikatakan terkesan dengan pendapatan yang merudum, akhir-akhir ini.

Kesemua mereka ditawarkan pakej pemisahan sukarela dengan pampasan berasaskan jumlah tahun bekerja dan gaji bulanan mereka. Media Prima mengakui berharap MSS itu akan mengatasi masalah kelebihan tenaga kerja di empat stesen televisyen itu.

Media Prima Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM56.84 juta dalam suku ketiga tahun kewangan 2014 yang berakhir September lalu. Jumlah itu jauh lebih kecil daripada RM85.49 juta yang dicatat dalam tempoh sama tahun lalu.


Sumber ; SemutHitam

Post a Comment

Previous Post Next Post