Pasar Raya Di Terengganu Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat

Pasar Raya Di Terengganu Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat

SEMUA pasar raya di Terengganu diarahkan menutup waktu operasi pada setiap hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang yang akan dikuatkuasakan bermula Januari depan. 


Pasar Raya Di Terengganu Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat
Pasar Raya Di Terengganu Diarah Tutup Waktu Solat Jumaat
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

“Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Menurutnya lagi, penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). – MYNEWSHUB.CC



Post a Comment

Previous Post Next Post