MH370: Waris Mangsa mahu lebih penjelasan – Tiong Lai

MH370: Waris Mangsa mahu lebih penjelasan – Tiong Lai

PETALING JAYA : Hanya 13 keluarga di Malaysia setakat ini telah menerima bayaran pendahuluan pampasan tragedi MH370 daripada Malaysia Airlines (MAS), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

MH370: Waris Mangsa mahu lebih penjelasan – Tiong Lai
MH370: Waris Mangsa mahu lebih penjelasan – Tiong Lai

Beliau berkata 22 lagi keluarga mangsa penerbangan malang itu, 13 dari China dan sembilan dari negara-negara lain juga telah menerima pembayaran.


Tiong Lai menafikan bahawa keluarga mangsa telah menolak pampasan yang ditawarkan tetapi mereka mahu lebih banyak penjelasan mengenai perkara itu.

“MAS perlu memberikan penerangan dan maklumat lanjut mengenai bayaran dan kita akan terus berhubung dengan keluarga mengenai perkara ini.
“Sesetengah keluarga bimbang jika mereka mengambil pendahuluan bayaran pampasan, mereka tidak akan mendapat sebarang pampasan tambahan lain,” katanya kepada The Star dalam lawatan rasmi ke ibu pejabatnya di sini, Jumaat.

Tiong Lai berkata MAS telah menawarkan pampasan pendahuluan sebanyak AS$50,000 (RM174,218) sebagai sebahagian daripada pampasan insurans penuh.

“Ketika waris-waris mangsa MH370 dibayar wang tersebut, terdapat juga yang lain yang masih menunggu sehingga carian selesai.”

Beliau berkata usaha carian pesawat sedang dijalankan dengan tiga kapal mengimbas dasar laut Lautan Hindi.

“Teknologi yang digunakan untuk carian laut dalam dapat menghasilkan imej yang sangat jelas dari dasar laut. Sebaranga petunjuk penting dapat di’zoom’. Diharapkan kita akan dapat untuk mencari bangkai pesawat secepat mungkin, ” katanya.

Dilaporkan bahawa fasa pencarian seterusnya akan bermula pada bulan Oktober dan akan berlterusan selama 12 bulan.

MAS telah menawarkan pembayaran pendahuluan AS$50,000 untuk mereka yang membuat tuntutan dari insurans syarikat penerbangan itu.

Penerbangan MH370, dengan 239 orang di atas kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac.


Sumber – mStar

Post a Comment

Previous Post Next Post