Hanez Suraya: Sudah-sudahlah! Bercerita mengenainya

Hanez Suraya: Sudah-sudahlah! Bercerita mengenainya

SEPERTI yang kita semua ketahui, rumah tangga bekas kekasih pelakon Hanez Suraya sudah pun menemui titik noktahnya apabila disahkan sudah bercerai, baru-baru ini.

Hanez Suraya: Sudah-sudahlah! Bercerita mengenainya
Hanez Suraya: Sudah-sudahlah! Bercerita mengenainya
Sebelum itu juga, Hanez ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Romie namun tak semua yang mempercayai pengakuannya itu yang dilihat hanya mahu menyelamatkan karier seninya yang semakin malap gara-gara kontroversi bercinta dengan suami orang.


Malah, ramai yang membuat telahan Hanez dan Romie akan kembali bercinta selepas lelaki itu tidak lagi terikat dengan bekas isterinya, Nur Liyana Abdul Manan.

Mengulas mengenai perkara itu, Hanez menafikan dia sanggup berbohong demi menyelamatkan kerjayanya.

“Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tidak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.

“Kenapa pula saya perlu memberi kenyataan (mengenai penceraian Romie dan Liyana), sedangkan antara kami tiada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitan dengan saya.

“Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tidak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tidak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami.

“Tidak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Selepas putus dengan Romie, Hanez kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang juruterbang selepas gambar mereka keluar bersama tersebar baru-baru ini.


Sumber : KLpost

Post a Comment

Previous Post Next Post