Breaking News

Wanita Melayu Jadi Mangsa Kerakusan Rakan Baik..

loading...
Kuala Lumpur: Akibat terlalu percayakan kawan seorang wanita terpaksa menanggung hutang lebih RM200,000 selepas rakan baiknya menggunakan identitinya untuk mendapatkan pinjaman bank.

Wanita Melayu Jadi Mangsa Kerakusan Rakan Baik..
Wanita Melayu Jadi Mangsa Kerakusan Rakan Baik..

Mangsa berusia 38 tahun itu difahamkan pernah menyerahkan dokumen miliknya kepada rakannya yang berkerja di bank sekitar September untuk mendapatkan pinjaman tetapi tidak meneruskan niatnya pada ketika itu.


Bagaimanapun, baru-baru ini apabila dia membuat permohonan pinjaman lain dia dapati namanya baru sahaja diberikan pinjaman RM209,164.

Terkejut dengan perkara itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani membuat semakan sebelum mendapati identiti dirinya itu digunakan untuk membuat pinjaman oleh seorang yang dikenalinya.

“Saya ke bank berkenaan untuk mendapatkan penjelasan sebelum terkejut apabila rakan saya mengaku menggunakan nama saya untuk mendapatkan pinjaman.

“Saya tidak faham mengapa pihak bank boleh meluluskan pinjaman tanpa perlu saya hadir untuk menandatangi sebarang perjanjian pinjaman,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tidak berpuas hati dengan tindakan bank berkenaan Ani membuat laporan polis di balai polis jalan Tun Razak untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments