Header Ads

Saya Sedih Apabila Lara Sering 'Diusik' - Scha Al-Yahya

loading...
Semenjak kelahiran baby comel bernama Lara Alana dalam hidup dua personaliti terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya kehidupan mereka seolah-olah dilimpahi dengan kebahagiaan yang melimpah ruah.

"Saya Sedih Apabila Lara Sering "Diusik" - Scha Al-Yahya
Saya Sedih Apabila Lara Sering "Diusik" - Scha Al-Yahya
Namun, lumrah alam tak semua suka melihat kebahagiaan kita malah ada yang mendakwa Awal dan Scha cuba mencari publisiti untuk anak mereka tetapi perkara itu dinafikan oleh Scha.

"Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti serta mengeksploitasi Lara, sedangkan pengikut kami lebih ramai? Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak dengan peminat.

"Ramai juga selebriti buka akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat demikian. Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu?

"Saya sedih apabila Lara sering ‘diusik’. Saya tak sangka ada segelintir manusia yang dengki dan tidak boleh tengok orang lain bahagia. Meskipun kecewa dengan apa yang berlaku, saya ambil pendekatan bertenang.

"Saya selalu ingatkan diri, jangan ambil pusing dengan apa orang cakap dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan. Yang suka mengutuk, biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting, saya dan Awal gembira dengan kurniaan Allah terhadap kami.

"Benda sebegini tak perlu dilayan. Lagipun ramai sayang lara dan selalu mendoakan kami. Apabila difikirkan semula, ramai juga gembira dan terhibur dengan kewujudan Instagram dan Facebook Lara.






Loading...

No comments

Powered by Blogger.