Pekerja Binaan Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah..

Pekerja Binaan Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah..

KOTA KINABALU – Seorang pekerja binaan maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah tapak pembinaan di Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dekat sini, petang tadi.

Pekerja Binaan Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah..
Pekerja Binaan Maut Tertimbus Dalam Runtuhan Tanah..

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa tertimbus hingga paras leher akibat runtuhan berkenaan.Bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.40 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.



Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata bomba terpaksa mengali runtuhan terbabit untuk mengeluarkan mangsa.

“Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan,” katanya, lapor Berita Harian.

Post a Comment

Previous Post Next Post