Header Ads

Kantoi kondom dalam beg tangan

loading...
Kajang: Sebuah pusat hiburan yang menawarkan khidmat pelacuran wanita warga asing didakwa ‘kebal’ akhirnya diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal pagi semalam.

Kantoi kondom dalam beg tangan
Kantoi kondom dalam beg tangan
Serbuan jam 1.10 pagi di Batu 9, Cheras itu dilakukan ekoran maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis tiga tingkat terbabit yang beroperasi sejak setahun lalu.

Menurut Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abd Ghaffar Ahmad, premis berkenaan dipercayai dijaga kumpulan tonto yang menyalurkan maklumat sekiranya menyedari mereka diintip polis.

“Sebelum ini, lima cubaan polis menggempur premis berkenaan gagal dan mereka tidak beroperasi ketika anggota membuat risikan di kawasan berkenaan.

“Premis itu terletak di bahagian tengah dalam kawasan pusat perniagaan, sekali gus ia menyukarkan pihak berkuasa mengesan kewujudannya selain hanya dikunjungi pelanggan tetap,” katanya.

Dalam serbuan itu, 24 wanita warga Vietnam ditahan bersama seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga dan dua wanita tempatan yang menjaga kaunter berusia 18 dan 36 tahun.

“Kami mengesyaki wanita warga asing yang bekerja di premis terbabit menawarkan khidmat seks selepas pemeriksaan ke atas mereka mendapati terdapat bekalan kondom di dalam beg tangan yang dibawa mereka,” katanya.

Menurutnya, tingkat satu dan dua premis itu menempatkan bilik karaoke untuk pengunjung manakala tingkat tiga pula adalah ruang berhibur terbuka menyediakan pelayan wanita warga asing yang turut menawarkan khidmat seks.

Katanya, serbuan dilakukan enam pegawai dan 16 anggota dibantu Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. Semua yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk proses dokumentasi dan pemeriksaan lanjut.
Loading...

No comments

Powered by Blogger.