Header Ads

Emelda Rosmila berharap untuk mengandung

loading...
KUALA LUMPUR: Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Adlin Aman Ramli, Emelda mengakui beliau terlalu berharap supaya dikurniakan cahaya mata.

Emelda Rosmila berharap untuk mengandung
Emelda Rosmila berharap untuk mengandung
Jika sebelum ini persoalan kehamilan diajukan, si empunya diri tidak berminat untuk mengulas lanjut.


Malah insiden beliau memuat naik gambar alat penguji kehamilan beberapa hari lalu di Instagram turut mengundang spekulasi hingga ada yang menganggap beliau sudah hamil. Emelda menjadi serba salah hingga nekad memadamkan gambar berkenaan.

Dek gambar berkenaan, ramai pengikutnya di Instagram begitu teruja saat mengandaikan beliau sudah bersalin. Ada yang tak putus-putus mendoakan supaya beliau menjaga kandungan dengan baik selain memberi tips mengandung.

“Semua itu hanya andaian. Mungkin juga kerana orang di luar sana tak sabar nak tengok saya dan Adlin mempunyai anak sendiri maka mereka pantas mengharapkan saya mengandung. Sejujurnya selepas sekian lama, saya juga berharap untuk cepat jadi ibu.

“Lucunya, sana saudara saya di kampung pun selepas mendapat tahu berita kononnya saya sudah hamil beriya-iya menghubungi mengucapkan tahniah. Naik segan juga jadinya. Tapi saya percaya semua itu satu doa untuk saya ke arah itu (mengandung).

“Selepas sekian lama, saya rasa sekarang sudah tiba waktunya untuk saya dan Adlin memikirkan soal anak. Kami juga tak pernah berhenti berusaha cuma semuanya berbalik kepada soal rezeki. Iyalah saya pun bukan makin muda. Insya-Allah kami merancang untuk berjumpa doktor tak lama lagi,” katanya yang turut mempunyai anak angkat berusia tiga tahun lapan bulan.

Emelda juga mempunyai perniagaan aksesori dan pakaian sendiri. – Foto Nurul Syazana Rose Razman



Loading...

No comments

Powered by Blogger.