Apa Erti Cinta Jika Curang Dalam Perhubungan

Apa Erti Cinta Jika Curang Dalam Perhubungan

Curang Musuh Cinta

Kata orang Cinta datangnya dari satu hati ke satu hati yang lain namun,apa ertinya jika terdapat tiga atau lebih hati dalam sesebuah percintaan itu?

Apa Erti Cinta Jika Curang Dalam Perhubungan
Apa Erti Cinta Jika Curang Dalam Perhubungan

Curang dalam percintaan seakan menjadi kebiasaan kerana hati insan bergelar manusia dan terkadang sukar di jangka serta payah untuk di nilai dengan kata-kata Setia.



Hari ini lafaz setia entah esok lusa bibir yang mengucapkan setia itu bertukar menjadi Curang.Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa kecurangan dan ia sangat memedihkan untuk menerima pasangan yang telah curang.

Apa erti cinta jika kecurangan menjadi bisa dalam percintaan-foto:google

Di sebabkan itu semasa sedang bercinta Usah serah Segalanya Sebelum Di Ijabkabulkan tidak kiralah dari segi wang,atau apa saja sebelum menjadi mangsa curang dan menyesal di kemudian hari.

Cinta Semudah Di Ungkapkan Di Bibir namun untuk memberi yang terbaik di dalam perhubungan atau percintaan itu kadangkala menjadi rumit dek hati yang cepat berubah,apalah gunanya lagi untuk setia terhadap cinta jika kecurangan yang terpaksa di hadapi.

Memang benar Rasa cinta itu terlalu hebat malah penulis teringat seorang teman penulis bertanya,di dunia ini Jatuh Apakah Yang Paling Hebat? Kemudian penulis menjawab sudah tentulah Jatuh Cinta lalu teman penulis bertanya Mengapa Jatuh Cinta ??dan dengan yakin penulis menjawab "Cuba lihat orang yang sedang jatuh cinta,bagaimana keadaan mereka walau seteruk mana pun manusia apabila sudah jatuh cinta segalanya berubah,ada yang sebelum bercinta bukan main lagi merempit,melepak,dan bermacam lagi tetapi bila sudah merasa Jatuh Cinta,segala apa yang ada pada diri menjadi cair dan berubah malah yang brutal pun boleh bertukar menjadi jiwang!" Dan jawapan di beri oleh penulis itu di sambut dengan deraian ketawa kami berdua.

Ramai insan yang takut untuk menghadapi perpisahan sewaktu bercinta,namun setiap dari kita harus redha atas segala takdir dan ujian yang di beri,tentu saja ayat ini sangat mudah untuk di tuturkan tetapi percayalah pada segala takdir dan ujian yang di beri itu sebenarnya untuk memberi yang terbaik buat kita,jadi apabila Cinta Meninggalkan Kita Ucapakan Saja Selamat Jalan,tentu saja yang telah berpisah dengan kita sudah ada pengganti malah ada yang sudah ada pengganti sewaktu sedang perhubungan dan anda menjadi mangsa kecurangan itu.

Lihat tanda-tanda Pasangan Curang:

Semasa mula mula bercinta bukan main lagi rajin mesej,call atau jumpa dan setelah sekian lama si dia tiba tiba berubah,malas menjawab mesej,malas berjumpa dengan pelbagai alasan malah bila bercakap di telefon pun macam mahu tak mahu dan tiada lagi kemesraan seperti selalu.
Menjauhkan diri-tentu sekali si dia akan menjauhkan diri dari anda jika di tanya mengapa?jawapannya tentu Sibuk!ya...sibuk dengan buah hati baru barangkali.
Menipu-terkadang si dia mendiamkan diri dan anda bagai orang gila menunggu mesej atau panggilan telefon,tiba-tiba anda terlihat foto si dia dengan orang lain keluar makan bersama dan sebagainya,ini yang sering berlaku lebih lebih lagi kewujudan laman sosial kadangkala boleh menjadi spy yang baik untuk melihat kecurangan si dia.
Bila anda cuba menyelamatkan perhubungan seolah olah anda seorang yang beria dan bukannya si dia dan ini juga petanda yang kuat bahawa si dia memang mahukan perpisahan.
Tiada lagi kegembiraan,kebahagiaan bersama si dia-walaupun anda sedaya upaya memberi yang terbaik.tetapi hari demi hari anda sudah merasakan si dia telah berubah dan tiada lagi kegembiraan mahupun rasa bahagia.
Bila sudah tidak suka maka seribu satu alasan akan di beri atau di tunjukkan oleh insan yang tidak setia dalam cinta.

Bila berhadapan dengan situasi ini,jangan bersedih,lepaskan saja,untuk apa kita bersedih sedangkan dia bergembira di saat anda bersedih.

Hidup adalah satu pencarian,mencari yang paling terbaik,jika seseorang meninggalkan kita dengan satu alasan maka kita wajar melupakan insan tersebut dengan Tanpa alasan langsung.

Untuk apa menghargai insan yang sedemikian untuk apa masih berharap pada insan yang telah meninggalkan kita hingga melukakan hati kita.

Anda jangan bersedih di saat perpisahan menyapa kerana anda bertuah telah kehilangan insan yang telah membuktikan bahawa cintanya terhadap anda tidak sekuat mana,maka inilah saat yang mengembirakan apabila akan ada satu masa lain anda akan bertemu dengan seseorang yang mungkin lebih terbaik terhadap seluruh kehidupan anda.

Ada juga yang mengatakan bahawa terdapat kes kawan makan Kawan apabila teman sendiri dalam diam punya hati dan menawan kekasih kita secara senyap senyap tanpa kita ketahui dan apabila tiba masanya telah Kantoi tidak perlu lagi untuk anda meneruskan percintaan itu kerana jika kekasih anda itu cintanya cukup kuat sudah pasti si dia akan mampu menghalang hatinya dari terpikat dengan orang lain,lebih-lebih lagi dengan teman anda sendiri.

Cukup sampai di sini penulis berceloteh mengenai topik Apa Erti Cinta Jika Curang Dalam Perhubungan dan Sebelum mengakhiri artikel ini penulis ingin memberikan anda Tips Hilangkan Rasa Sedih Dan Kecewa.

Post a Comment

Previous Post Next Post