Header Ads

Adlin: Gagal teruskan saman ekoran kelonggaran undang-undang

loading...
EKORAN kelonggaran undang-undang membuatkan pelakon dan penerbit Adlin Aman Ramlie yang juga anak seniman Allahyarham AR Tompel tidak dapat meneruskan kes saman terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik, Saloma.

Adlin: Gagal teruskan saman ekoran kelonggaran undang-undang
Adlin: Gagal teruskan saman ekoran kelonggaran undang-undang

Tuntutan kes saman berkenaan diambil sebagai menuntut hak mereka yang tercalar kerana paparan yang menggambarkan karakter dan sikap seniman itu sebagai negatif dan ‘hitam’ dalam telefilem berkenaan yang disifatkan sebagai berat sebelah, tidak beretika dan menghina semua waris Allahyarham.

Adlin yang mewakili semua waris Allahyarham memberitahu dari segi perundangan tiada akta yang memperuntukkan mengenai tuntutan yang dibuat oleh mereka.

"Fasalnya, peruntukan kita terhadap kes-kes yang sebegitu sangat longgar dan oleh sebab itu mereka bagaikan tiada perasaan bersalah menyiarkan telefilem itu.

"Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

"Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya," tegasnya kepada Zass.

Bagi mengelakkan perkara sama berulang, suami kepada aktres, Emelda Rosmila ini menggesa agar Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan peka akan permasalahan ini.

"Saya tidak tahu sama ada pihak kementerian tahu atau tidak mengenai perkara (undang-undang) ini. Jika kementerian tidak tahu, ia wajar diberitahu.

"Kasihan pada mereka yang telah meninggal dunia dan kemudiannya dieksploitasi sehingga meninggalkan kesan negatif kepada penonton.

"Lebih memburukkan lagi, diri sendiri tidak boleh dibela lagi waima anak mereka sekalipun," katanya.

Tak putus asa

Menurut pengarah berusia 42 tahun ini, biarpun usaha waris AR Tompel gagal di bela di peringkat ini, namun keluarganya tidak akan sesekali berputus asa untuk terus berjuang.

"Kita masih lagi dalam persediaan. banyak lagi yang perlu dikaji. Saya merujuk kepada beberapa perkara dan saya rasa ia harus diteruskan tidak kiralah mungkin pada satu ketika nanti tiada apa yang boleh membela pihak saya.

"Malah, saya juga sudah menulis surat rasmi kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan bertanyakan apa pandangan dan pendirian mereka mengenai keadaan ini.

"Pada masa sama, saya juga ingin bertanya kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) apabila ada penerbit yang menerbitkan cerita-cerita sebegini tanpa melihat dari segi moral dan etika," jelasnya.

Ketika ditanya adakah pihaknya ada membuat perbincangan dengan produksi atau penerbit telefilem berkenaan, Adlin menjawab:

"Tiada perbincangan yang dibuat di luar.

"Mereka mengetepikan apa saja hubungan yang pernah ada dengan saya sama ada saya sebagai artis dengan stesen televisyen atau pun saya sebagai kawan-kawan," katanya.

Malah, kata Adlin, pihak produksi dan penerbit juga tidak pernah memohon maaf kepada mereka sekeluarga berhubung isu berkenaan.
Loading...

No comments

Powered by Blogger.